Jerawat merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia biasanya bermula apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia disebabkan oleh perubahan hormon seks. Jerawat biasanya hilang bila dewasa. Jerawat boleh diminimakan dan parutnya boleh dikurangkan dengan penjagaan kulit yang rapi.
Jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak). Bakteria pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat. Bila penyumbatan sebum itu terdapat dibawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Punca-punca
Jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak). Bakteria pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat. Bila penyumbatan sebum itu terdapat dibawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Punca-punca
- Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
- Turun -temurun
- Stres
- Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
- Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
- Makanan - Walaupun tiada bukti yang jelas yang mengatakan bahawa coklat dan makanan-makanan yang lain boleh menyebabkan jerawat, sesetengah orang mendapati bahawa makanan-makanan tertentu boleh mengakibatkan jerawat. Elakkan makanan yang anda dapati boleh menyebabkan jerawat.
Peranan Anda
- Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.
- Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
- Basuh rambut anda lebih kerap.
- Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
- Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
- Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
- Bersenam selalu.
- Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
- Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan penggunaan minyak rambut.
- Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
- Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.
Peranan Doktor Anda
- Mensyorkan ubat anti jerawat yang bersesuaian.
- Mempreskripsi antibiotik, jika didapati perlu.
- Mempreskripsi tablet Vitamin B kompleks.
- Mengelakkan pemarutan, jika boleh.
- Mengelakkan timbulnya jerawat-jerawat yang baru
- Merawat kelemumur pada kulit kepala.
Untuk mengelak dari terjadinya parut, jerawat tidak harus disentuh atau dipicit. Kulit haruslah dipelihara supaya sentiasa bersih, senam selalu dan rehat secukupnya.
Sumber : Efarmasi
Kedudukan jerawat dan info
DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.
Lagi... Punca Jerawat Bertambah Buruk
Walaupun setiap orang bebeza, jerawat selalunya berpunca daripada kumpulan minyak dan kulit mati dalam liang roma kulit. Ini disebabkan oleh:
Hormon: Punca utama jerawat adalah penghasilan hormon-hormon seks, dikenali sebagai
androgen yang bermula diperingkat akil baligh. Oleh kerana itulah maka majoriti golongan yang menghadapi masalah ini adalah remaja. Hormon-hormonlah yang bertanggungjawab untuk kemunculan jerawat semasa datang haid dan semasa mengandung. Apabila kelenjar sebum dirangsang oleh androgen, ia akan mengeluarkan sebum tambahan. Dalam perjalanannya melalui folikel sehingga ke permukaan, sebum bercampur bersama bakteria kulit biasa dan sel-sel kulit mati yang telah dipunggah dari pelapik folikel. Sementara proses ini adalah normal, kehadiran sebum berlebihan dalam folikel meningkatkan peluang penyumbatan liang roma dan jerawat.
Tekanan: Tekanan tidak menyebabkan jerawat secara langsung tetapi ia menyebabkan pengeluaran hormon, seperti kortisol, yang boleh memburukkan jerawat. Tekanan membawa kepada tahap-tahap hormon yang berbeza. Dengan perubahan hormon, tubuh badan merangsangkan kelenjar-kelenjar minyak kulit untuk membesar, merembeskan lebih minyak yang menyebabkan bintik-bintik putih, bintik-bintik hitam dan jerawat.
Solekan berminyak atau tebal: Solekan yang tebal akan menutup liang-liang roma dan solekan berminyak pula akan meningkatkan minyak pada kulit, dimana akan memburukkan lagi keadaan jika sedang mengalami masalah kulit berminyak. Kosmetik, terutama pelembap-pelembap tertentu, bedak asas dan pomades mengandungi lanolin, petrolatum, minyak sayuran, butil stearat, lauryl alkohol dan asid oleik.
Perubatan dan steriod-steriod tertentu: Vitamin adalah baik untuk badan anda tetapi lebihan vitamin-vitamin B1, B6 dan B12 boleh menyebabkan jerawat. Vitamin-vitamin ini baik untuk kulit, tetapi elakkan penggunaan berlebihan.
Pemakanan / Diet: Untuk sesetengah orang, diet yang tinggi dalam karbohidrat tertapis dan gula sebenarnya boleh memburukkan jerawat mereka.
Pembersih penghakis berlebihan: Pembersih yang kasar dan menghakis boleh merosakkan kulit dan menyebarkan jangkitan.
Pemicitan, pencubitan atau pencakaran: Ini sebenarnya akan menyebabkan jangkitan lebih dalam ke dalam kulit dan boleh menyebabkan kesan parut.
Gangguan alam sekeliling: seperti kelembapan tinggi dan pencemaran. Kelembapan yang tinggi sebenarnya menyebabkan kulit bengkak. Pencemaran sudah pasti adalah satu sebab
utama bagi penyekatan liang roma.Keturunan: Ahli-ahli keluarga yang juga menghadapi masalah jerawat. Jerawat diwarisi dan
kes-kes teruk dikenali sebagai sista jerawat biasanya berpunca dari keturunan.
